Perlawanan Persahabatan Lapan Penjuru Bola Tampar Lelaki Terbuka

Pada hari Sabtu bersamaan 10 haribulan 4 2021, kelab Bola Tampar ANSARA (XMVC) berkolaborasi bersama Jom Aktif dan juga Kementerian Belia Sukan telah mengadakan Perlawanan Persahabatan Lapan Penjuru Bola Tampar Lelaki Terbuka di Dewan Tanjung Shah Alam. Tujuan kelab mengadakan perlawanan persahabatan ini adalah untuk memupuk semangat kesukanan diantara kelab kelab bola tampar yang sedia ada dikawasan Selangor disamping mengasah bakat pemain pemain yang baru serta yang sudah lama berkecimpung dalam sukan bola tampar. 8 pasukan telah berdaftar untuk bertanding dalam perlawanan persahabatan dimana johan akan membawa pulang wang tunai bernilai RM200 bersama medal, naib johan mendapat wang tunai bernilai RM100 bersama medal dan tempat ketiga mendapat wang tunai bernilai RM50 bersama medal.

Perlawanan persahabatan ini menggunakan format pertandingan round robin dengan mata volleython (31 mata) tanpa deuce dimana semua pasukan akan menjumpai satu sama lain dan johan ditentukan dengan kiraan mata; menang 2, kalah 1, walkover atau disqualified 0. Perlawanan bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 7 malam tanpa ada waktu berehat. Setiap pasukan hanya dibenarkan untuk membawa satu seeded pemain sahaja (SUKMA, Malaysia Open, MAKSAK untuk 2011 dan keatas sahaja).

Setiap pasukan telah bermain dengan bersungguh-sungguh namun masih ternampak ketidak-seimbangan pemain dalam setiap pasukan dimana ada pasukan mempunyai pemain yang berpengalaman dan juga seeded sementara ada pasukan tidak mempunyai pemain seeded dan kurang mahir dalam asas-asas bola tampar. Ketidak-seimbangan dalam pasukan membuatkan perlawanan kurang mencabar bagi pasukan yang kuat. Namun begitu, ia menjadi satu pendedahan yang baik bagi pasukan yang lemah untuk meningkatkan prestasi masing-masing dan juga dapat menimba pengalaman bermain dengan pemain yang hebat dan berpengalaman.

Perlawanan Persahabatan Lapan Penjuru Bola Tampar Lelaki Terbuka dimenangi oleh pasukan PVC dimana pasukan tersebut terdiri daripada seorang pemain seeded dan juga majority ahli pasukan mempunyai pengalaman bermain bola tampar lebih dari 10 tahun. Tempat kedua dimenangi oleh pasukan Netmaster juga mempunyai seorang pemain seeded dan pasukan tersebut terdiri daripada ahli pasukan yang sudah lama bermain bersama. Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan UOKA juga mempunyai seorang pemain seeded dan majority pemain sudah bermain lebih dari 10 tahun.

Perlawanan seperti ini bukan sahaja dapat memupukkan semangat berpasukan bahkan dapat membantu pemain-pemain yang baru berkecimpung dalam sukan bola tampar untuk menimba pengalaman. Namun begitu, bagi menaikkan lagi sukan bola tampar, lebih digalakkan untuk menganjurkan lebih perlawanan yang sesuai dengan level masing-masing supaya perlawanan lebih mencabar dan kompetitif. Dengan itu, boleh menghapuskan pasukan yang sama merangkul gelaran johan.

Lelaki Terbuka

PosTeamPtsWPWPLRatio
1PVC1472171621.340
2Netmaster1252041651.236
2UOKA VC1252131871.139
4Huzza VB1141731641.055
4KKM1141551680.923
6Jalok921701720.988
7BCV811621690.959
8STR701011860.543
Pasukan UOKA VC vs pasukan HUZZA VB
Lompatan untuk melakukan 'spike' daripada pasukan HUZZA VB
Pasukan Jalok menentang pasukan KKM
Cubaan 'blocking' oleh pasukan Jalok ketika menentang pasukan KKM
Pasukan Jalok

Start a Conversation

Your email address will not be published. Required fields are marked *