Perlawanan Persahabatan Lima Penjuru Bola Tampar Campuran Tertutup

Pada hari Ahad bersamaan 11 haribulan 4 2021, kelab Bola Tampar ANSARA (XMVC) berkolaborasi bersama Jom Aktif dan juga Kementerian Belia Sukan telah mengadakan Perlawanan Persahabatan Lima Penjuru Bola Tampar Campuran Tertutup di Dewan Tanjung Shah Alam. Tujuan kelab mengadakan perlawanan persahabatan ini adalah untuk memupuk semangat kesukanan diantara kelab kelab bola tampar yang sedia ada dikawasan Selangor disamping mengasah bakat pemain pemain yang baru serta yang sudah lama berkecimpung dalam sukan bola tampar. 5 pasukan telah dijemput khas oleh XMVC untuk bertanding dalam perlawanan persahabatan dimana johan, naib johan dan tempat ketiga membawa pulang hamper sementara tempat keempat dan kelima akan membawa pulang goodie bag.

Perlawanan persahabatan ini menggunakan format pertandingan round robin dengan mata volleython (31 mata) tanpa deuce dimana semua pasukan akan menjumpai satu sama lain dan johan ditentukan dengan kiraan mata; menang 2, kalah 1, walkover atau disqualified 0. Perlawanan bermula pada pukul 12 tengahari dan berakhir pada pukul 5 petang tanpa ada waktu berehat.

Setiap pasukan terdiri daripada umur-umur yang berlainan. Pasukan UNITEN merupakan pasukan pelajar yang masih berlajar di UNITEN, pasukan UMKL terdiri daripada staff-staff yang bekerja di UM, pasukan AYMO merupakan pasukan yang baru ditubuhkan untuk peminat-peminat bola tampar yang baru hendak berlajar asas asas bola tampar, pasukan NBVB terdiri daripada pemain yang sudah lama meninggalkan bola tampar dan juga veteran-veteren manakala pasukan MIXTURE terdiri daripada pemain daripada pasukan pasukan yang lain. Dari situ boleh dilihat ketidak seimbangan pasukan lebih-lebih lagi pada pasukan yang baru sahaja berkecimpung dalam sukan bola tampar. Namun begitu, dengan semangat kepasukanan, setiap pasukan berjuang bersungguh-sungguh sambal mengasah skill-skill yang dipelajari.

Perlawanan Persahabatan Lima Penjuru Bola Tampar Campuran Tertutup dimenangi oleh pasukan Mixture dimana pasukan tersebut terdiri pemain-pemain MVP daripada pasukan-pasukan lain. Tempat kedua dimenangi oleh pasukan NBVB terdiri daripada pemain yang berpengalaman dan konsisten dalam latihan mingguan. Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan UNITEN yang terdiri daripada darah muda yang selalu praktis Bersama manakala tempat keempat dan kelima diambil oleh pasukan UMKL dan AYMO. Setiap pasukan membawa pulang sesuatu sebagai tanda semangat persahabtan dan kesukanan.

Campuran Amatur

PosTeamPtsWPWPLRatio
1Mixture84124911.363
2NBVB73115951.211
3Uniten VC621021060.962
4UM51951200.792
5AYMO401001240.806

Start a Conversation

Your email address will not be published. Required fields are marked *